Apa Itu Makrifat Dan Hakikat?
Apa Itu Makrifat Dan Hakikat? Korang pernah drive kereta dengan orang tua pergi tempat jauh? Lepas tu pakcik tu senyap sahaja, korang nak bukak lagu rock XPDC pakcik tu bukannya layan, nak bukak lagu Mat Saleh lagilah pakcik tu tak layan. Nak bukak radio mengaji karang, hati korang yang gelap pulak akan mengantuk waktu memandu. Jadi nak borak tentang apa dengan pakcik yang membisu dikerusi penumpang tu? Nak borak pasal Najib, Najib dah jatuh. Nak borak pasal kerajaan baru, rasa macam kena kencing pulak. Habis tu nak borak apa? Jadi, apa kata korang ajak pakcik yang membisu dikerusi sebelah sembang bab Hakikat, Syariah, Tarikat, Maarifat agama Islam! Tentu pakcik tu pun akan teruja, ya! Tahu! Tajuk ni tinggi. Tapi aku akan ajar korang borak cara santai bab tinggi ni dengan ilmu tamsilan yang mudah faham. Mula mula korang tanya pakcik membisu tu: Pakcik tahu apa itu hakikat ugama?” Mungkin pakcik tu jawab: “Imu hakikat ni tak boleh cerita dengan ayat biasa, ilmu n...