Cara Niat & Cara Solat Sunat Hajat& Doa Upsr

Setiap kehidupan harian kita seringkali terdetik di fikiran dengan keinginan yang kita dambakan menjadi kenyataan. Dengan menunaikan solat hajat mohonlah doa kepada Allah supaya apa yang dihajati diperolehi

Apa Itu Solat Hajat?

📖Solat hajat merupakan solat sunat yang sering dilakukan oleh seseorang hamba Allah yang menginginkan sesuatu tujuannya tercapai. Apa sahaja yang kita hajati baik di dunia mahupun diakhirat boleh dimohon. Dengan kata lain kafiat solat hajat boleh jadi pengatara dan juga cara untuk doa kita cepat makbul.

Niat solat Hajat 

cara solat hajat niat solat hajat

Cara Solat Hajat

Solat hajat biasanya dilukan dengan minima 2 rakaat dan maksima 12 rakaat ikut kemampuan masing-masing. sama juga seperti solat dhuha, solat tahajud stepnya Berikut adalah cara solat hajat yang boleh anda jadikan rujukan, boleh dilihat di muka surat 14, 15, dan 16 


Doa Solat Hajat Peperiksaan UPSR

🤲Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa anak-anak kami, dosa anak didik kami dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati.

🤲Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami menadah tangan kepadaMu, berkatilah setiap ilmu yang telah kami pelajari selama ini, berkatkanlah segala ilmu yang telah kami ajarkan kepada anak didik kami, keluarkanlah kami daripada lembah kejahilan dan kegelapan kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan.

🤲Ya Allah Ya Tuhan kami,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepada kami taufiq dan hidayahMu, agar kami menjadi guru yang amanah menjalankan tanggungjawab mendidik, agar kami menjadi ibu bapa yang dihormati dan dicontohi oleh anak-anak kami, tambahkanlah kasih sayang diantara kami, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri kami seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati.

🤲Ya Allah Ya Tuhan kami,
Ikhlaskan hati anak didik kami dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk mereka terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati mereka dan hati kami, lindungilah kami dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk tahta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia.

🤲Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agama kami, jadikanlah kami orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepada kami.

🤲Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada anak didik kami dalam peperiksaan yang bakal mereka tempuhi, tenangkan hati mereka, lapangkan dada mereka, luaskan fikiran mereka, kuatkan ingatan mereka, dan janganlah Engkau jadikan mereka tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.

🤲Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kami hamba yang lemah hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah kami dalam apa jua yang kami kerjakan.

Sesudah solat Subuh hingga terbit matahari. (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).

🕔Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.

🕔Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat. Selepas solat Asar (Kecuali di tanah Haram.

🕔Ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya, (Kecuali di Tanah Haram). Rujukan- Mufti Wilayah

Penafian – Bahan yang kami share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan “Cara Solat Hajat Serta Niat & Doa Dengan Betul” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Ulasan

Catatan Popular