Kelebihan Membaca Surah Al_Kahfi ,FADILAT SURAH AL KAHFI DAN CARA MEMBACA AL -KAHFI DENGAN MUDAH


Kelebihan Membaca Surah Al_Kahfi ,FADILAT SURAH AL KAHFI DAN CARA MEMBACA AL -KAHFI DENGAN MUDAH


Hari Jumaat kita dituntut untuk membaca surah AL Kahfi.Sebenarnya boleh sahaja dibaca bila-bila.Tapi saya memang mengamalkan di pagi Jumaat seperti saranan.Jika sebelum ini saya kesuntukan masa.Audio bacaan AL Kahfi bacaan dari ustad Muzammil akan menemani saya ketika membuat kerja rumah atau dalam perjalanan ke tempat kerja.Hari ini Allah ikat kesibukan dengan bencana virus covid 19.

Jadi lepas subuh tadi saya cuba baca sampai habis.Surah AL-Kahfi ni agak panjang mengambil masa 30-45 minit .Jadi memang sesuai dibaca lepas subuh ketika ramai masih tidur dan suasana hening,jauh dari suasana bising supaya kita lebih fokus.
Kenalan di FB pernah berkongsi cara bacaan Al-Kahfi secara berperingkat-ringkat.Ia memudahkan bagi yang tidak sempat membaca sekaligus dalam satu masa.


Jadi cara mudah membaca Al-Kahfi adalah:


1)Ayat 1-31 (Tentang kisah Ahabul Kahfi) baca selepas magrib malam Jumaat.

2)Ayat 32-59 (Tentang 2 pemilik Kebun) baca selepas Isyak malam Jumaat.

3)Ayat 60-83 (Tetang Nabi Musa + Khidir) Selepas subuh hari Jumaat.

4)Ayat 84-110 (Zulkarnain+ Yakjuj_Majjuj) selepas zohor hari Jumaat.
Terdapat beberapa hadis Rasullullah mengenai Fadilat dan kelebihan membaca AL-Kahfi :

"Sesiapa yang membaca Surah AL-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah"

Imam Ahmad berkata ,daripada Abi Darda "daripada Nabi SAW Baginda bersabda :

"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan surah Al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal "(Riwayat Muslim,Abu Daud,An-Nasai,At-Tirmizi daripada Qatadah)


Imam Ahmad berkata ,daripada Abi Darda "daripada Nabi SAW Baginda bersabda :

Sesiapa membaca  sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi maka terhindarlah dia daripada fitnah  Dajjal "(Riwayat Muslim dan An-Nasai)

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari,daripada bapanya,daripada Nabi SAW Baginda bersabda:

"Sesiapa yang membaca dari surah Al-Kahfi,maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi"(Riwayat Ahmad)


Daripada Umar berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Sesiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada 
bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (Riwayat Ibnu Katsir)

Sabda Rasulullah s.a.w.: 

Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan 70,000 Malaikat memohon rahmat kepada Allah s.w.t. hingga waktu Subuh, dan dijauhkan Allah s.w.t. dari terkena wabak penyakit demam panas atau ta’un; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnah Dajjal.”
Sahabat yang baik,

Dunia ini makin senja,kalau kita tidak mulai sekarang bilakah lagi.Allah beri kelapangan waktu dalam ujian virus ini.

Kalau kita boleh stayback sampai lewat malam layan movie Korea ,Layan Youtube dan Netflix..Sekali seminggu di hari Jumaat jom kita peruntukkan hanya 35minit masa kita untuk ALLAH.
Kita bukan sesiapa saat ini.Moga kekuatan datang kerana kita hidup bertuhan.Jika kita ini pendosa,moga dengan sering membaca ini menghapus dosa-dosa kita.

InsyaALLAH...
               


Ulasan

Catatan Popular