Cara_Cara Solat Jamak Dan Syarat² nya


Solat jamak merupakan satu kelonggaran bagi orang yang musafir ialah dengan cara menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua.

Solat jamak itu merupakan satu kelonggaran yang dikhususkan kepada orang yang musafir sahaja. Subuh tidak boleh diqasarkan, dan perlu ditunaikan dengan sempurna seperti biasa.

Orang yang musafir yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang diharuskan solat jamak, harus juga solat qasar. Maksud solat jamak ialah menghimpunkan atau mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, iaitu menghimpunkan solat Zohor dengan Asar, atau Maghrib dengan Isyak dalam satu waktu yang sama, sama ada dalam waktu yang pertama atau yang kedua. Solat Subuh tidak boleh dijamakkan.

Menurut pendapat imam Syafi’i, mengatakan bahwa jika seseorang berniat hendak mukim lebih dari empat hari, harus mencukupkan shalat, dan kalau kurang, boleh mengqashar dan jamak. Tempoh masa ini berbeza daripada satu mazahab dengan mazahab yang lain.

Hanya dalam salah satu pendapat imam Syafi’i, bahwa kalau keadaannya seperti kalau bermukimnya seseorang itu karena ada sesuatu keperluan yang harus diselesaikan, dan selama menunggu itu ia mengatakan: “Saya akan pulang hari ini atau esok”, maka maka dibolehkannya mengqasar dan jamak itu terbatas tujuhbelas atau delapanbelas hari, dan jika lebih dari itu, maka harus mencukupkan.

Syarat-syarat solat jamak dan qasar

  1. Tujuan ia musafir bukannya untuk tujuan maksiat.
  2. Perjalanannya hendaklah melebihi dua marhalah.
  3. Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat qada bagi solat yang ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di masih dalam musafir.
  4. Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
  5. Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
  6. Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
  7. Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
  8. Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.

Solat Jamak terbahagi kepada dua:

  1. Jamak Taqdim
  2. Jamak Takkhir.

Solat Jamak Taqdim:

Solat Jamak Taqdim dilakukan dengan mengumpulkan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Zohor, atau solat Maghrib dan solat Isya’ pada waktu Maghrib. Dinamakan solat ini dengan Jamak Taqdim kerana solat yang kedua yang belum masuk waktunya dibawa ke solat yang pertama.

Syarat-syarat Jamak Taqdim:

  1. Hendaklah didahulukan solat yang empunya waktu dengan tertib, ertinya mendirikan dahulu solat Zohor atau Maghrib yang dikira solat yang pertama, kemudian barulah diikuti dengan solat yang dijamakkan iaitu Asar atau Isya’ yang dikira solat kedua.
  2. Hendaklah diniatkan jamak pada solat yang pertama atau yang empunya waktu itu dalam mana-mana juzud sembahyang sebelum salam tetapi yang afdal disyaratkan niat semasa takbiratulihram.
  3. Hendaklah berturut-turut (mu'alat) antara dua solat itu dengan tidak diselangi dengan penceraian yang dikira panjang uruf.
  4. Hendaklah berkekalan musafirnya daripada permulaan solat yang pertama hingga sempurna takbiratul-ihram solat kedua, kerana batal solat jamaknya apabila ia jadi mukim di antara dua solat itu.

Solat Jamak Takkhir:

Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.

Syarat-syarat Jamak Takkhir:

  1. Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
  2. Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.

    Ulasan

    Catatan Popular