Apa Itu Makrifat Dan Hakikat?
Korang pernah drive kereta dengan orang tua pergi tempat jauh? Lepas tu pakcik tu senyap sahaja, korang nak bukak lagu rock XPDC pakcik tu bukannya layan, nak bukak lagu Mat Saleh lagilah pakcik tu tak layan.
Nak bukak radio mengaji karang, hati korang yang gelap pulak akan mengantuk waktu memandu.
Jadi nak borak tentang apa dengan pakcik yang membisu dikerusi penumpang tu?
Nak borak pasal Najib, Najib dah jatuh.
Nak borak pasal kerajaan baru, rasa macam kena kencing pulak.
Habis tu nak borak apa?
Jadi, apa kata korang ajak pakcik yang membisu dikerusi sebelah sembang bab Hakikat, Syariah, Tarikat, Maarifat agama Islam!
Tentu pakcik tu pun akan teruja, ya! Tahu! Tajuk ni tinggi. Tapi aku akan ajar korang borak cara santai bab tinggi ni dengan ilmu tamsilan yang mudah faham.
Mula mula korang tanya pakcik membisu tu:
Pakcik tahu apa itu hakikat ugama?”
Mungkin pakcik tu jawab:
“Imu hakikat ni tak boleh cerita dengan ayat biasa, ilmu ni akan datang bila korang kenal MAARIFAT ALLAH”
Itu jika pakcik tu jawablah, jika dia membisu jugak, korang tanya soalan lain pulak:
“Pakcik tahu apa itu Maarifat Allah?”
Mungkin pakcik tu jawab:
Ilmu ni tak boleh belajar melalui siapa siapa pun, ilmu ni hanya akan datang bila korang belajar TARIKAT NABI”
Itupun jika pakcik tu jawablah, jika dia masih membisu jugak, korang tanya soalan lain lagi dan lagi:
“Pakcik tahu apa itu tarikat Nabi?”
Mungkin pakcik tu jawab:
“Ilmu ini, korang akan dapat bila faham SYARIAT ISLAM?”
Kalau pakcik tu jawablah, jika masih membisu seribu bahasa, korang tanya pulak soalan ni:
Pakcik tahu apa itu syariat Islam?”
Bosan dengan soalan korang yang bertalu talu, mungkin pakcik tu akan luahkan ilmu yang dia pernah sembunyikan jika ada, atau akan merepek cerita ilmu sesat yang dia pernah belajar. Waktu tu korang diam jer, biarkan dia bercakap. Niat asal nak ajak pakcik bersembang agar mengantuk hilang. Niat kedua, nak wujudkan suasana agama dengan bercerita tentang kebesaran Allah.
Jadi, biarkan pakcik tu nak cerita ilmu tasauf dia, kisah tok guru dia boleh jalan atas air macam labah labah, kisah tok guru dia boleh hidup dua alam macam katak dan kisah tok guru dia tak makan tujuh hari macam ular sawa kenyang. Biarkan…
Memang orang tua bila bersembang, tak terjangkau akal kita memikirkannya, lalu keluarlah kisah wali dan tok keramat, kisah wali makan durian depan kaabah, atau mungkin kisah minyak dagu mayat pengasih cinta pun akan dikeluarkan. Jadi, ini peluang untuk kita belajar ilmu dari orang yang jauh lebih tua sewaktu terperangkap dalam kesesakkan jalan raya.
Bila dah panjang sudah pakcik itu bercerita, apa yang aku dapat ingat, ilmu syariat adalah segala kehendak Allah dari segi perintah dan larangan. Bolehlah aku katakan syariat ini sebagai hukum-hakam Allah yang tertulis dalam Al-Quran, manakala Tarikat pula adalah cara melaksanakan hukum-hakam berdasarkan hadis,: dan sudah tentu cara Nabi! Sebab itulah ada orang alim menyebut Tariqat Nabi, contoh:
Allah telah mengsyariatkan seruan Azan dan solat, maka tarikat azan dan solat adalah cara Nabi iaitu azan dalam bahasa arab, tak boleh guna bahasa kebangsaan, dan solat berjemaah tempat azan di azankan. Jadi ilmu syariat dan tariqat ni wajib semua orang Islam belajar di awal awal keislaman sebagai asas menjadi orang beriman sebagaimana orang terdahulu beriman.
Manakala ilmu maarifat dan hakikat memang tak dapat belajar dengan berguru, ilmu ni Allah akan bagi bila korang buat pengorbanan dan mujahadah yang betul. Maarifat ini adalah ilmu mengenal Allah dan Hakikat adalah ilmu paling tinggi yang bolehlah aku ertikan sebagai kemanisan beragama atau kemanisan berhubungan dengan Allah.
Begitulah istipati pakcik tu cerita. Jadi, lepas tu pakcik tu pun diam balik, dan tibalah giliran korang pulak nak sembang, atau dalam kes korang pulak, mungkin memang dari awal pakcik tu diam tak nak sembang, tapi korang tetap ajak pakcik tu sembang.
Korang tanya pakcik tu lagi:
Boleh tak saya nak kongsi kefahaman ilmu syariat, tarikat, maarifat dan hakikat seorang pemancing ikan, boleh?”
Terkejut pakcik tu bila korang nak cerita kefahaman ilmu syariat, tarikat, maarifat dan hakikat seorang pemancing ikan. Biarkan dia terkejut, lalu korang pun bercerita.
- Syariat seorang pemancing.
Semua pemancing ada Syariat memancing iaitu ilmu undang-undang atau hukum-hakam memancing seperti, mesti ada joran, joran kena ada tali, kena ada mata kail, kena ada umpan, dan ini adalah syarat-syarat sah untuk memancing, jadi untuk dapat ilmu ini kena belajar dari guru pemancing yang berpengalaman.
- Maarifat seorang pemancing
Hah! Yang ni tak boleh nak belajar dari guru sahaja, kena berlatih dan terus berlatih, kena korban masa korang banyak-banyak memancing ikan dipelbagai tempat, cuaca dan masa, maka akhirnya korang akan dapat ilmu Maarifat memancing, seperti tengok air dah tahu ikan apa yang ada, tengok arus air dah tahu ikan banyak mana, tengok kocak di air, sudah tahu jantan betina, tengok umpan dah tahu ikan apa yang akan makan, tengok warna air dah tahu berapa ekor ikan yang tinggal di penempatan itu, tengok buih-buih dah tahu berapa kilogram ikan yang akn timbul. Pendek kata profesional tahap gaban! Tahniah
- Hakikat seorang pemancing.
Akhir sekali, Hakikat seorang pemancing, atau ‘kemanisan’ memancing! Yang ni aku tak reti nak terangkan, tapi member aku ada yang dah dapat hakikat memancing. Orang macam gini biasa korang boleh tengok waktu maghrib pun duduk memancing lagi, tak peduli nyamuk gigit, tak peduli turun hujan ribut, kadang-kadang duduk bertenggek kat jambatan dari Maghrib hingga ke Subuh.
Jika memancing dalam hutan, harimau pun takut nak dekat, boleh tidur sambil pegang joran tak bergerak. Lebih dahsyat kawan aku ni, hari raya aku nak pergi solat raya jam lapan pagi, dia boleh bawak joran nak pergi memancing, memang dah dapat hakikat betul, sampai satu tahap bini nak bersalin pun boleh pergi lagi. Inilah hakikat tahap gaban!
Kesimpulan
Jadi berbalik pada syariat agama, korang dan aku dan seluruh ummat kena cari ustaz berguru, dan belajar amal dengan cara yang betul, dengan tariqat yang betul iaitu cara Nabi dan Ulamak, lepas tu korang istiqamah dan buat pengorbanan baru dapat maarifat Allah, baru dapat mengenal Allah. Nak belajar korban, hayati kisah Nabi Ibrahim alahisalam.
Bila korang ada makrifat agama, bab mencari hikmah dalam takdir buruk menjadi mudah, sebab korang akan faham bahawa hikmah adalah nasib baik yang menyamar dalam takdir buruk, dan korang akan faham dengan sebenar benar faham bahawa segala yang berlaku di dunia ini adalah dalam kehendak Allah, tidak ada satu pun yang berkebetulan, yang baik dan buruk semunya dari Allah! Ini rukun iman yang ke-enam!
Ramai orang jadi sesat bila belajar bab takdir. Nauzubillah…
Maka dalam bab Makrifat, fahamilah bahawa semalam adalah takdir yang berlaku dalam kehendak Allah, hari ini dan esok rancanglah dengan sangka baik pada Allah kerana hari ini dan esok juga akan menajdi semalam.
Faham tak? Tak faham maka belum dapat ilmu Makrifat!
Akhir sekali, korang akan dapat hakikat agama selepas korang mengenal Allah, apa itu hakikat ugama? Itulah satu hubungan yang penuh asyik dengan Allah, kemanisan dalam ibadah, kemanisan dalam dakwah, kemanisan dalam zikir, dan bila kita sudah merasai hakikat agama, maka pasti akan rasa pahit sekali bila meninggalkan suruhan Allah!
Hari ni buat ibadat rasa malas, buat maksiat rasa seronok, memang jauh lagilah marifat dan hakikat agama nak datang dalam diri.
Akhir kata,
- Ibu segala syariat adalah: Kalimah Tauhid.
- Ibu segala tariqat adalah: Solat berjemaah.
- Ibu segala Maarifat adalah: Dakwah
- Ibu segala Hakikat adalah: Tahajjud
Begitulah panjang lebar aku cerita pada pakcik di sebelah, dan pakcik tu terus membisu, matanya dipejam, adakah dia sedang insaf. Sekali tidur rupanya
Woha!
Pakcik tu dah dapat sakinah, sakinah dalam mendengar ceramah, apa itu sakinah? Alamak panjang pulak nak cerita, lain kali kita cerita, pakcik tu pun dah tidur, teruskan memandu sambil layan lagu sakinah dari XPDC!
“Bila kenal Sakinah, kenal diri siapa sebenar!”
Woha!
Ps: Seseorang yang telah mendapat kemanisan Islam maka tidak ada mana-mana agama pun dapat rosakkan dia, dan seseorang yang tak dapat kemanisan Islam maka tida ada mana-mana agama pun dapat memberi kemanisan sebenar kepada dia, Islam adalah manis bagi mereka yang mendapat hakikat!
Ulasan
Catat Ulasan