Nama-Nama Neraka Yang Di Sebut Kan Dalam Al_Quran


Dengan memahami nama-nama Neraka pun sudah membuat kita dapat gambaran betapa ngerinya keadaannya.


Berikut antara nama-nama Neraka yang disebutkan dalam al-Quran:


1. Jahim:

Tempat yang amat panas.

[Surah al-Infithar: 14]


2. Jahannam:

Dasarnya dalam.

[Surah al-Buruj: 10]


3. Lazhaa:

Api yang menyala-nyala.

[Surah al-Ma'arij: 15]


4. Sa'ir:

Api yang berkobar-kobar.

[Surah al-Mulk: 10]


5. Saqar:

Menghanguskan (menunjukkan betapa panasnya ia).

[Surah al-Muddathir: 42]


6. Huthomah:

Memecahkan atau menghancurkan. Sesiapa yang masuk ke neraka badannya akan hancur atau putus-putus.

[Surah al-Humazah: 6]


7. Haawiyah:

Jatuh dari atas. Ini kerana orang yang memasuki neraka disebabkan tergelincir dari titian sirat lalu jatuh ke bawah (neraka).

[Surah al-Qariah: 11]


Begitu juga pada nama-nama yang lain yang menunjukkan sifat Neraka yang mengerikan.


Semoga Allah yang Maha Penyayang sentiasa sayangi kita dan hindarkan kita dari terkena celupa azab Neraka. Aamiien ya Robb.


Wallahua'lam.

Ulasan

Catatan Popular