Kelebihan Membaca Surah Al-Mulk Sebelum Tidur
Kelebihan Mengamalkan Bacaan Surah Al-Mulk Yang Ramai Tidak Tahu
Untuk pengetahuan anda, Surah Al-Mulk merupakan satu surah yang boleh melepaskan kita dari azab kubur kerana kelebihan yang terdapat pada surah ini.
Namun ramai tidak tahu tentang kelebihan-kelebihan ini dan tidak berusaha untuk membaca ataupun menghafal surah ini.
Dalam artikel ini, kami akan terangkan kelebihan yang anda boleh menikmati sekiranya anda mengamalkan surah ini dalam kehidupan seharian.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang bermanfaat.
Pengenalan Surah Al-Mulk
Surah ini merupakan surah ke-67 dalam Al-Quran. Ia juga dikenal dengan nama lain iaitu ‘At Tabaarak’ yang bermaksud Maha Suci.
Surah ini juga tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat.
Ia adalah surah yang membawa keamanan dan keselamatan kerana ia akan melindungi kita dari seksa kubur sekiranya diamalkan.
Ia juga patut dibaca setiap hari dengan penuh istiqamah dan harus menjadi amalan setiap umat Islam. Kelebihan Mengamalkan Surah Al-Mulk
Dalam bahagian ini, kami akan terangkan kepada anda 10 kelebihan anda boleh dapat jika mengamalkan surah ini.
- Tidak Merasa Azab Kubur
Kelebihan yang pertama adalah pembaca akan terhindar dari azab kubur. Ini boleh dilihat di mana Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
- Membantu Masuk Syurga
Selain dari melindungi pembaca dari terkena seksa azab kubur, surah ini juga akan membantu kita untuk memasuki syurga. Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
- Pembaca Akan Dikeluarkan Dari Neraka Dan Dimasukkan Ke Dalam Syurga
Ini juga merupakan satu kelebihan yang tidak diketahui oleh ramai umat Islam. Sekiranya anda mengamalkan surah ini, anda akan dimasukkan ke dalam syurga.
Rasulullah SAW bersabda:
” Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
- Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW
Kita diajar untuk sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya anda membaca surah ini sebelum tidur, anda sudah mengikuti sunnah Baginda.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan Surah Al Mulk”
- Menjadi Pengganti Semasa Soal Jawab Dengan Munkar Nakir
Jika kita selalu mengamalkan surah ini pada waktu malam, maka ia akan menjadi pengganti apabila ia sudah waktu soal jawab dengan Munkar Nakir.
Mengenai perkara ini, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
- Wajah Akan Dicerahkan Seperti Nabi Yusuf Pada Hari Kiamat
Jika anda selalu membaca surah ini dalam kehidupan seharian anda, maka Allah akan mencerahkan wajah anda seperti Nabi Yusuf pada hari kiamat.
Ini boleh lihat di mana Saiyidina ‘Ali berkata:
“Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
- Mengampunkan Dosa Pembaca
Selain dari memberi pahala apabila kita membaca surah ini, Allah SWT juga akan mengampunkan segala dosa mereka yang sentiasa mengamalkan membaca sehingga akhir surah.
“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.
(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi dan status hadith ini adalah Hadith Hasan)
- Hati Beriman
Rasulullah SAW juga berkata bahawa hati kita akan beriman sekiranya kita mempelajari dan membaca surah ini dengan penuh istiqamah.
Baginda bersabda:
“Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.”
“Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
- Disayangi Dan Dikasihi Oleh Orang Sekeliling
Kita juga akan berasa disayangi dan dikasihi oleh orang di sekililing kita jika kita selalu mengamalkan surah mulia ini. Ia boleh dilihat di mana Ulama berkata:
“Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
- Melindungi Kita Dari Seksa
Apabila malaikat Munkar dan Nakir datang untuk soal kita, manusia akan pengsan apabila melihat wajah mailaikat azab.
Tetapi bagi mereka yang mengamalkan Surah Al-Mulk, ia akan menjadi penghalang daripada diseksa.
Ini boleh dilihat di mana:
Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur.
Hadith Riwayat Al-Tirmidzi: 2890
Ulasan
Catat Ulasan